Saturday, August 29, 2009

prestasi menurun

menang 2-1 lwn arsenal.tp tk cukup memuaskan aku,.kualiti permainan sgt2 menurun.rooney dgn fletcher je bole harap.yg lain tido lg teringatkan isteri masing2.arsenal bermain dgn baik,finishing takde.mu attcking mcm palat,defensive polak mntp.aku sangap 79 kali time gme ni.

kuarkan je la 80 juta dr akaun hong leong tu pak alex.kasi beli ribery dgn ashley young.upskit kasi beli robben.

kepala lembu

ko org smue dh buat hati aku panas.mane otak ko org letak.dlm spender?dlm stokin busuk ko?ko nk mintak alihkan kuil ke..taknak alihkan ke..ko nk berucap mcm malaun ..nk tuntut hak ko ke nk ckp ala2 mcm ko sorang je dlm planet ni yg paling betul..tu ko punye pasal...ape slh kepala lembu tu ko pijak2?bodo..malaun..jinbauk tanah...akal takde ke?

meh kepala ko aku pijak rmai2..bergilir2 smbil pegang mic nyanyi lagu pig destroyer.

Tuesday, August 25, 2009

kawin

tak pernah polak aku nk letak gmbo aku kwin.bru aku perasn pg td.tiada tujuan promosi murahan atau utk berlagak.hnya sekadar renungan kenangan manis aku sekeluarga.

sedikit info :
pengapit di kl - yob (bekas ahli kumpulan estrella,bekerja di HP)
pangapit di kluang - kia (ahli musik tott,mass separation,gotb dan owner symphonic blast prod.bekerja di warehouse padini)

Monday, August 24, 2009

MITOS DAN PENIPUAN

TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


MITOS PERTAMA:


Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner. Tidak ada motif
Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh – seperti bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :


Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS


Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)


Nota:

Tulisan ini bebas untuk diambil untuk
tujuan memecahkan mitos.

-dicilok dr tukartiub.blogspot.com

Wednesday, August 19, 2009

puasa dan raya

tahun ni adelah tahun bersejarah dlm hidop aku.buat pertama kali aku akn berpuase & beraya bersama seorang isteri dan seorang ank lelaki comel yg sgt aku kasihi dan hormati.

Tuesday, August 18, 2009

semoga cepat sembuh

mak kpd kwn baik aku 'Khairul Fahmi aka ayol aka gemok' sedang tak sihat dan memerlukan bantuan semangat serta kekuatan.ayoh kite same2 berdoa semoga beliau cepat sembuh dan sihat seperti biase.

Monday, August 17, 2009

Sunday, August 16, 2009

slmt hari jadi kpd rozarina

slmt hari jadi kpd rozarina bte haron.die adelh isteri yg aku cintai,seorang ibu yg bertanggungjawab dan juga seorang sahabat baik dan mmbe lame aku.somga pjg umur dan murah rezeki.smoga segala bidang dan minat yg diceburi terus success dgn fantastik dan bombastic.

drpd,
mohd faizal bin sarif & harith mikhail (luv u soooo much!!!!)

Friday, August 14, 2009

bola yang disepak sepak














jgn byk sgt cite bg yg minat bola,tgk bola ,suke komen psl bola dan suke pumpampumpam pasal bola.jom turun padang.aku tgh cari team2 yg nk frenly.klh menang blkg cite.asalkan hati puas dan bdn sihat.contact aku direct.
ps: gambo mmg tujuan utk publisiti murahan.bg panas kat team lawan yg nk ajk frenly.tak puas hati dgn aku ckp depan2.

*ini post yg agk serius *

Tuesday, August 11, 2009

memories,challenges and transmissions

in the pics: khookiang hooi,alifhu,tiong,yob azwan,yusmira and roland jazz chorus.
ini adelah saat2 penting dlm kewujudan tott.walopon 2 dr lineup bru tinggal 303 km dr tmpt aku tinggal time (kluang johor),itu smue tka mmbri alasan kat kite org utk jamming spt biase.kite org akn mengiku t giliran masing2 tanpa rungutan dan penyesalan.tujuan utama satu dan serumpun.utk memastikan band terus progress dan berhasil.

i shoot the sheriff


banyak kenangan yg tak akan dpt aku lupekan di lorong nih.di lorong ni la aku blajo erti kesabaran.di lorong ini lah jugak aku belajar erti kehidupan.dilorong ini jugaklah segala duka dan gembira berlaku.di lorong ini jugaklah aku membukak mate dan hati utk berkecimpung secara serius dlm kancah band dan scene hcpunk.dilorong ini jugaklah aku melihat byk rakan2 yg hilang dan rakan2 yg bru muncul.dilorong ini jugaklah byk kenangan aku bersme kwn2 yg masih ade smpai skrg dan yg dh pergi utk selama2nye.dilorong ini jugaklah..aku selalu membuang air kecil tatkala aku nk terkucil time jamming.dan dilorong ini jugaklah aku selalu di tahan polis kerana membuat bisign yg teramat sgt.ini la dia kwn2..mempersembahkan..lorong gelap dihadapan studio lee brothers.

Sunday, August 9, 2009

Harith Mikhail

harith mikhail bin mohd faizal.kejap dh ank aku nk masuk 8 bulan.die skrg siap dh pandai chill2 dlm bilik aku siap duduk kat lantai smbil memerhatikan ape bpk die buat.selalu aku akn lepak dgn die hari ahd kat umh sbb bini aku ahd akn keje shift mlm.so time ni aku gunekan sepenuhnye utk lepak dgn ank aku.baring di atas carpet bersme,tgk tv bersme,dgr lagu bersme dan mkn bersme.tido pon sme2.tp die dlm buai la.aku kat mne2 pon bole.smbil aku dgr2 lagu feveret aku,bermain2 dgn gf yg bru (ltd viper100)..terpk dlm kepala aku..tak de bezanya xtvt weekend aku kat umh dr bujang smpai dh kwin..smpai dh ade ank ni.masih sme.ape yg beza mase dan komitmen tu berjalan seiring dan aku kene bijak mengendalikan cabaran ini.

satu hari aku ingin ank aku dendangkan lagu utk aku.tak kisah lagu ganas ke lagu slow.dpt lagu dismember lg cantek.coldplay atau flop poppy pon tarak hal.tune sumbang siap!!!!! ingin aku melihat die mempunyai band sendiri yg mne die bole isi mase lapang pada waktu weekend.tak perlu die nk melepak tanpa hala di mall2 mega beso kat kl ni.samaada band tu serius atau tak..itu die kene bijak kendalikan dan aktifkan.ingin aku berkenalan dgn kwn2 die..tanpa rase takut,tanpa rase jurang pemisah seorang bapa dan seorang ank dan kwn2.lepak2 dgn aku smbil mkn karipap sardin dirumah,menjadikan rumh sbg tmpt berkmpol menunggu rakan2 dtg,rumah sbg tmpt utk membuat lagu,rumah sbg tmpt utk bertanye pendapat mengenai name band dan ingin aku berkongsi penglaman susah dan senang aku utk hidop suatu ketika dulu.

-idea penulisan di ambil sedkit dr blog kwn crusty lme , LENG - rengitindah.blogspot.com

Sape ade lubang kasi tau


Ha ini latest emg pickup.vers 81.sape ade lubang best,ade member nk tolak sbb nk kompol duit utk brg hantaran roger aku.aku mau sambar.harge kasi cantek skit.kalo mahal penat nnti kene bargain dgn aku.ehehehe...ini target sebelom gi bengkok fest 2009.

days of the living dead

ini gig memang mantap.smue band aku layan dr awal smpai habis.time pysrosix main tak dpt tgk habis sbb time tu aku sebok angkt brg kat bwh.overall gig ni mmg mantap.even sound system agk kureng..tp overall mmg best ini gig.kemunculan magnicide di saat akhir mmg dinantikan.tak de seorang pon crowd yg berani balik.ko gile time magnicide main nk balik.terserlah kualiti musik dan performance yg disajikan.mmg tidak sia2 spe yg menanti.lebih berbaloi2 dr tgk konsert search yg mcm haram (dr review yg aku dgr).disni aku dpt lihat betape komitmen dan minat serta keikhlasan utk berkarya itu mmg peting.tolak dulu smue pasal ape yg ko nk pakai..tolak dulu ape taste msik feveret dak2 skrg.keluarkan ape yg sejujur2nye dr diri kite.n barulah bende itu nmpk hidop n natural bile di deliverkan kat org.

Saturday, August 1, 2009